awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan kelabu mata tawaran jual tanah

Bernama
Bernama
27/05/2022
09:29 MYT
Jangan kelabu mata tawaran jual tanah
Saarani berkata, tanah diberikan itu boleh digunakan untuk bercucuk tanam yang boleh mendatangkan hasil pendapatan dalam jangka masa panjang. - Bernama
GERIK: Kerajaan negeri menasihati penduduk di tiga perkampungan di sini supaya tidak menjual tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka jika ada pihak menawarkan dengan harga tinggi.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tiga kampung terbabit ialah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Air Panas Tambahan, Rancangan Belia Khas (RBK) Air Panas dan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Kampung Air Jada.
"Tanah diberikan itu boleh digunakan untuk bercucuk tanam yang boleh mendatangkan hasil pendapatan dalam jangka masa panjang dan jangan kita menjadi kelabu mata jika ada orang menawarkan satu lot RM50,000 atau lebih.
"Kita jangan pandang kepada wang tetapi yang penting nilai harta itu kerana jika kita jual duit habis, kalau bercucuk tanam boleh dapat hasil," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan surat hak milik tanah di Dewan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Air Panas Tambahan di sini hari ini.
Pemberian surat hak milik itu melibatkan lebih 100 penerima meliputi kawasan seluas 8.8 ekar di RPT Air Panas Tambahan, RBK Air Panas dan PPMS Air Jada.
Saarani turut memaklumkan kelewatan penyerahan surat hak milik tanah disebabkan beberapa faktor termasuk tanah milik orang, sukatan tanah dan kekangan masa pihak terlibat.
"Kelewatan memberikan hak milik tanah juga disebabkan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan tidak ramai dan banyak tempat memerlukan sukatan atau pengukuran. Ada sesetengah tempat apabila disukat, tanah hak orang lain dan ini memerlukan penyelesaian selain mengambil masa lama," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah
#penduduk kampung
#jual tanah
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan