awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan lakukan perbuatan khurafat di kubur Nik Aziz - Mufti Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
17/02/2015
10:43 MYT
Jangan lakukan perbuatan khurafat di kubur Nik Aziz - Mufti Kelantan
Mohamed Shukri berpesan agar orang ramai sekadar mendoakan supaya si mati ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan tidak lebih daripada itu. - Gambar fail
Jangan menokok tambah amalan ketika melakukan ziarah ke kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga menjurus ke arah perbuatan khurafat.
Pandangan itu dinyatakan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamed yang diminta mengulas mengenai perbuatan sesetengah individu yang didakwa mengambil tanah kubur Nik Abdul Aziz untuk azimat.
Katanya, perbuatan tersebut boleh menjurus kepada khurafat dan merosakkan akidah kerana menganggap tanah kubur itu mempunyai kelebihan.
Tambahnya, pada suatu ketika dahulu, pengunjung yang mengunjungi makam Imam Syafie melontarkan duit dan kertas dengan tujuan memohon sesuatu dan perbuatan itu ditegah dalam Islam.
“Apa lagi kalau kita anggap tanah kubur ada kelebihan, boleh jadi ubat, boleh jadi azimat. Itu sudah melampaui batas yang dibenarkan oleh Islam kerana kita hadir ke kubur mengingatkan kita akan mati dan akan dikuburkan seperti itu.
“Kepada si mati, kita hanya doakan supaya dia ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Itu sahaja,” ujar Mohamed Shukri.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika di minta mengulas mengenai kenyataan anak Allahyarham, Nik Mohamed Abduh yang mendedahkan bahawa terdapat individu tertentu yang datang ke pusara bapanya dan membawa balik tanah bagi tujuan yang dipercayai boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.
Nik Mohamed Abduh menjelaskan beliau mendengar perbuatan pihak tertentu yang mengambil tanah berkenaan kononnya untuk mendapatkan berkat.
Perbuatan itu kata beliau bercanggah dengan ajaran Islam dan berharap agar ia dihentikan segera.
Mohamed Shukri menjelaskan, menziarahi kubur merupakan perkara sunat dan perlu mematuhi adab yang digariskan.
Ia termasuk tidak melakukan perbuatan memuja, mengambil tanah, memohon hajat dari si mati, membuat kenduri di tanah kubur dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat penilaian berlebihan dengan mendakwa sesuatu perkara yang luar biasa sehingga wujud ketaksuban yang kelak membawa kepada pemujaan.
Katanya dalam soal penilaian hanya Allah yang berhak memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Sejak semalam, kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz dipasang dengan pita kuning bagi mengelakkan orang ramai merapatinya.
Topic Berkaitan
#azimat
#khurafat
#kubur
#mohamed shukri
#Mufti Kelantan
#Nik Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan