'Jangan letak harapan terlalu tinggi.'
Itu kata pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram mengenai kemungkinan ekonomi negara akan pulih dalam masa terdekat.
Beliau menjelaskan, business as usual adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku dalam tempoh dua tahun ini.
"Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya," katanya dalam perbincangan webinar bertajuk Post-COVID-19: Should there be a New Economic Model? With Dr Jomo Kwame Sundaram anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Jomo Kwame yang juga bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu memberitahu, majoriti aktiviti ekonomi negara terutamanya sektor makanan dan tenaga akan terjejas teruk dan bakal menyaksikan pengurangan tenaga kerja.
Ini kerana katanya, tempoh pandemik ini telah mengajar dunia ekonomi dengan normal baharu untuk beroperasi menggunakan tenaga kerja paling minimum.
Beliau berpendapat Malaysia perlu meneroka pelbagai bidang baharu termasuk penyelidikan penyakit tropika.
Katanya negara-negara miskin seperti Cuba sekali pun mampu membangunkan penyelidikan penyakit tropika di negara mereka dan jika dibandingkan dengan negara ini, Malaysia dilihat lebih maju.
Namun katanya, tempoh genting ini telah membuka peluang luar biasa untuk setiap negara termasuk Malaysia mempelajari perubahan landskap dunia.
Ekoran itu beliau berharap kerajaan dapat memanfaatkan ruang ini untuk melaksanakan polisi-polisi baharu yang berkaitan.
Astro Awani
Sun May 10 2020
Dr Jomo Kwame Sundaram berpendapat Malaysia perlu meneroka pelbagai bidang baharu. - Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame
"Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya."
Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan CEP memberi kesan kepada dasar kerajaan.
ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo
Mengikut perjanjian itu, Malaysia tidak perlu bayar untuk enam tahun pertama, dan itu akan diturunkan pada generasi seterusnya.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.
ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis
Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka ditandatangani akan membuka peluang ekonomi terutama kepada penduduk di Pantai Timur.
Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
Pasukan perundingan ECRL China berkunjung ke Malaysia bulan ini - Daim
Pasukan perundingan daripada kerajaan China dijangka berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan projek ECRL Malaysia, yang pelaksanaannya masih belum diputuskan.
Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.
Hakikatnya khidmat CEP sudah tamat - Jomo
Jelas ahli CEP itu, anggotanya akan terus memberi bantuan nasihat kepada kerajaan, namun bukan melalui CEP.
Kerajaan masih perlukan khidmat CEP - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.