BALING: Meskipun hanya melibatkan jumlah kes dalam bilangan kecil dan terpencil, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada kumpulan peniaga agar tidak meletakkan syarat ke atas setiap pembelian terutama melibatkan minyak masak peket.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, menyatakan pihaknya sebelum ini telah mengesan dan mengambil tindakan kepada segelintir peniaga di negeri Kelantan dan Selangor yang melakukan perbuatan itu.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa KPDNHEP sentiasa akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan selain pengguna di seluruh negara dinasihati untuk membuat laporan sekiranya kes berkenaan berlaku di tempat masing-masing.
Tegasnya, peniaga juga boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana boleh dikenakan kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah sekiranya melakukan kesalahan terbabit.
"Mereka (peniaga) tidak dibenarkan untuk mengenakan apa-apa syarat, macam (ada) di sesetengah tempat,ada aduan kita terima (dimana) untuk (peniaga) menjual sesuatu barangan contohnya minyak masak, (pembeli dikenakan) syarat (untuk) beli barang lain dahulu, baru (dia dibenarkan) beli barang (seperti minyak masak paket) itu, (kes kebanyakan libatkan) minyak masak.
"Itu (adalah) satu kesalahan, sekiranya pengguna atau sesiapa yang punyai maklumat, boleh salurkan supaya kita boleh ambil tindakan segera, (Yang positifnya adalah kes seperti) itu tidak banyak dan ada di beberapa negeri serta tidak berlaku secara meluas kerana kebanyakan peniaga telah sedar, perkara itu satu kesalahan dari segi undang undang dan kita boleh ambil tindakan membatalkan lesen yang dikeluarkan kepada mereka, (sebelum ini) negeri pertama yang kita ambil (tindakan adalah libatkan) kes di Kelantan," katanya.
Azman berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan pemantauan dan pemeriksaan premis sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2022 di Kampung Lalang, Baling pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa sebab berlakunya kekurangan bekalan minyak masak di beberapa kawasan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Antaranya adalah, musim kenduri, jadual penghantaran barangan, selain pembelian secara borong oleh pihak tertentu atas tujuan bantuan kemanusiaan di kawasan yang terjejas dengan bencana.
Tambahnya, amat penting untuk pihak KPDNHEP menerima pemakluman serta laporan daripada orang ramai supaya bekalan barangan itu dapat digerakkan ke kawasan yang terlibat.
Awal Januari lalu, tiga peniaga yang didapati mengenakan pembelian bersyarat untuk minyak masak peket satu kilogram kepada pengguna akan berhadapan dengan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tindakan itu diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hasil pemeriksaan ke atas peniaga terbabit iaitu. masing-masing seorang di Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.
Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman, menyatakan pihaknya mendapati tiga peniaga berkenaan mengenakan syarat kepada pengguna supaya membuat pembelian barangan runcit lain sebelum dapat membeli minyak masak bersubsidi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Feb 02 2022

Azman (dua, kiri) berkata sesuatu dengan peniaga Mohd Subahi Tajudin (kiri) pada Program Pemeriksaan dan Pemantauan Premis di Kawasan Luar Bandar di Kampung Lalang hari ini. - Foto BERNAMA

PRU15: UMNO, BN perlu dekati pengundi atas pagar - Ahmad Maslan
UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi 'atas pagar' memandangkan dijangkakan separuh daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terdiri daripada golongan berkenaan.

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri

Kenaikan harga barang: Kerajaan tak berpeluk tubuh - Ismail Sabri
Langkah tersebut, jelas Ismail Sabri termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/thumbnails/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu minyak masak peket: Kerajaan segera bertindak
Tinjauan mendapati terdapat peniaga secara dalam talian menjana pendapatan lumayan apabila memanipulasi harga minyak masak peket bersubsidi.

Segera perkasa penguatkuasaan, kawal minyak masak peket - Zahid
Menurutnya, dikhuatiri juga golongan bukan sasar mengambil kesempatan untuk membeli minyak masak peket tersebut.

653kg minyak masak gagal diseludup
Hasil risikan pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback menuju ke Kampung Bendang Pak Yong.

Sorok minyak masak peket dalam stor pusat sembelihan ayam
Siasatan awal mendapati minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM21,250 itu dibawa dari Pahang.

Jangan letak syarat pembelian minyak masak peket - KPDNHEP
KPDNHEP sebelum ini telah mengesan dan mengambil tindakan kepada segelintir peniaga di negeri Kelantan dan Selangor yang melakukan perbuatan itu.