Mustahil untuk mandi tiga minit tapi elok lihat maksud tersirat di sebaliknya, kata Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman.
Menurutnya, beliau melihat saranan pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Dr Zaini Ujang untuk mandi tidak lebih tiga minit sebagai satu perumpamaan bagi menyampaikan mesej agar semua pihak bijak dalam usaha yang dilakukan bagi menyelamatkan alam sekitar.
"Saya sokong niatnya untuk menjaga alam sekitar tapi tidak logik untuk kita mandi tiga minit kerana setiap orang keperluannya berbeza-beza.
"Tak mungkin orang yang bekerja di ladang, kebun atau buruh nak mandi tiga minit semata-mata untuk jimat air dan jaga alam sekitar. Sudah tentu mereka perlu lebih masa dan lebih air untuk membersihkan badan.
"Jadi sebaik-baiknya kita melihat kepada mesej tersirat yang beliau nak sampaikan iaitu bagaimana memastikan air yang digunakan tidak membazir.
"Contohnya ketika bersabun jangan biar air terpasang, tutup pili dan buka semula apabila hendak mandi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
BACA: Kalau cintakan alam, usah mandi lebih tiga minit - Zaini Ujang
Terdahulu, Zaini memberi saranan untuk mandi tidak lebih daripada tiga minit kerana tempoh itu bersamaan dengan 10 liter air dan secara tidak langsung melibatkan penggunaan lebih banyak air.
Katanya, jika lebih banyak air digunakan, semakin banyak pokok terpaksa ditebang untuk menampung air, semakin banyak arus elektrik digunakan untuk mengalirkan air ke loji tetapi jika penggunaan air sedikit penghasilan gas berkurangan.
Dalam pada itu, Meor Razak berkata, terdapat kaedah lain yang boleh dilakukan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar seperti memperbanyak hebahan menerusi radio dan televisyen.
BACA: Generasi muda perlu ke hadapan dalam penjagaan alam sekitar
Katanya, masyarakat Malaysia mudah lupa dan hanya tersedar apabila berlaku bencana.
"Sebab itu kebanyakan penduduk di Malaysia akan dengar radio apabila memandu dan menonton televisyen walau di mana sahaja termasuk di kedai makan.
"Selitkan melalui iklan-iklan di kedua-dua medium itu.
"Jika di akhbar ia juga boleh diuar-uarkan malah di media sosial juga boleh dihebahkan namun ia dilihat kurang berkesan kerana jika hantaran dibuat di Facebook biasanya hanya pencinta alam sekitar, sahabat dalam kelompok sama dan ahli keluarga yang melihat hantaran itu tetapi tidak kepada mereka yang berada di luar lingkungan kumpulan yang berkempen tentang penjagaan alam sekitar," katanya.
Katanya, didikan menerusi televisyen dan radio dilihat lebih memberi impak tetapi perlu dipersembahkan dalam gaya kreatif agar dapat menarik minat serta menggerakkan kesedaran di kalangan masyarakat," katanya.
Sinar Harian
Sun Oct 20 2019
Zaini berkata, jika lebih banyak air digunakan sewaktu mandi, semakin banyak pokok terpaksa ditebang untuk menampung air dan semakin banyak arus elektrik digunakan untuk mengalirkan air ke loji. - Gambar hiasan
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.