awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
03/03/2021
16:07 MYT
Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata Parlimen harus dibenarkan bersidang dengan SOP ketat dalam situasi COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dilihat takut dan cuba untuk 'memandulkan' institusi demokrasi dengan menafikan suara dan mandat rakyat kepada wakil mereka di Parlimen, tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, ahli Parlimen perlu dibenarkan berbahas, meluluskan rang undang-undang serta membawa isu dan masalah rakyat di Parlimen.
Justeru katanya, Pemuda UMNO memohon kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen serta menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh darurat.
"Parlimen harus dibenarkan bersidang dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam situasi COVID-19, bagi membolehkan keberkesanan mekanisme semak dan imbang buat kerajaan seperti tuntutan dan amalan demokrasi.
"Sedangkan pasar malam, pusat-pusat beli belah, kedai makan, restoran hatta sekolah rendah dan menengah juga telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh darurat. Malah proses vaksinisasi juga sudah dimulakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen," tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Parlimen
#darurat
#kerajaan
#memandulkan demokrasi
#menafikan suara
#Ketua Pemuda UMNO
#kerajaan perlu kaji semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan