awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian - Jabatan Kesihatan Perlis

Bernama
Bernama
22/02/2017
00:05 MYT
Jangan mudah terpengaruh testimoni ubat dalam talian - Jabatan Kesihatan Perlis
Orang ramai dinasihat tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni ubat-ubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. - Gambar fail
Orang ramai dinasihat agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni ubat-ubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser yang dijual secara meluas menerusi dalam talian.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis Dr Zaini Hussin berkata semakin banyak iklan ubat-ubatan dipromosi dalam talian yang tidak dapat dipastikan secara klinikal keberkesanan dan keselamatan ubatan berkenaan.
"Ubat-ubatan itu mudah didapati di media sosial kerana pasarannya jauh lebih luas ditambah pula dengan promosi serta testimoni yang sungguh meyakinkan namun saya harap pengguna mengambil langkah bijak dan mengutamakan keselamatan.
"Tidak semua maklumat di internet boleh dipercayai misalnya tawaran hanya dengan satu ubat boleh sembuhkan pekbagai penyakit serius seperti gout, kencing manis dan kanser", katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2017 peringkat negeri di Auditorium Dr Syed Mahmood JKN Perlis, di sini, pada Selasa.
Dr Zaini berkata pengguna atau pesakit dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi serta mengenal pasti kandungan produk terlebih dahulu.
"Selain itu amat penting untuk pastikan produk-produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag," katanya.
Pengguna juga boleh membuat semakan mengenai status notifikasi atau status pendaftaran produk itu di laman web Kementerian Kesihatan di http://npra.moh.gov.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Zaini Hussin
#Hari Kanser Sedunia 2017
#JKN
#Meditag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan