Skip to main content

Malaysia

Jangan panik, bekalan bahan api di Pulau Pinang masih ada - KPDN

SEREMBAN, 27 Nov -- Penunggang motosikal mengisi minyak petrol RON95 ke dalam tangki motosikalnya di sebuah stesen minyak hari ini.  Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar yang sedang dipertimbangkan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada.  Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter sehingga kini, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua pr
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini. - Foto hiasan/BERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata hanya satu syarikat minyak, iaitu Shell memaklumkan berlaku gangguan bekalan sementara berikutan kelewatan ketibaan kapal penghantaran berbanding jadual asal.

Advertisement

"Oleh yang demikian, pihak Shell sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini.

"Hasil daripada mesyuarat juga mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah dan minyak masih boleh diperoleh dengan mudah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan melibatkan stesen minyak yang menghadapi masalah bekalan RON95, manakala lima stesen lagi terjejas dari segi bekalan diesel, dengan kesemuanya melibatkan stesen minyak jenama Shell.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa stesen minyak di Pulau Pinang didakwa mengalami masalah bekalan bahan api, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video