Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan para pengundi supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya dengan mesej palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak tertentu yang bertujuan mengelirukan mereka.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu ini.
"Berhubung mesej tular yang mendakwa kononnya telah berlaku proses pengiraan undi awal di beberapa bahagian Parlimen, SPR menegaskan bahawa ia tidak pernah berlaku dan semua kertas undi awal masih disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap balai polis.
"Kertas-kertas undi awal tersebut hanya akan dikira pada 9 Mei, bermula 4 petang. Semua proses pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan dibuat dengan disaksikan oleh semua pihak berkepentingan dengan kehadiran calon-calon atau ejen-ejen calon," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Selain itu, beliau turut mengulas mengenai dakwaan palsu kononnya kertas undi pos telah disapu lilin di petak calon tertentu bagi menyukarkan pengundi menanda pangkah di petak tersebut.
Mohd Hashim berkata sehingga kini, tiada sebarang aduan dibuat mengenai perkara itu malah pihaknya turut menyemak terlebih dahulu setiap kertas undi yang dicetak supaya tiada sebarang kekotoran seperti tanda titik hitam.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan kekeliruan kaedah penandaan yang betul di mana pengundi perlu membuat tanda pangkah di dalam satu petak mana-mana calon yang dipilih serta tidak melangkau ke petak calon-calon yang lain.
"Sekiranya terdapat keraguan, ia akan diputuskan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) sama ada diterima atau ditolak dalam kehadiran Ejen-Ejen Mengira Undi bagi Calon yang bertanding," jelasnya.
SPR turut menafikan mesej palsu yang tular kononnya pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan di pejabat daerah dengan membawa kad pengenalan dan jumlah dibayar akan mengikut jarak perjalanan iaitu antara RM10 hingga RM1,000.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk tidak menyebarkan mesej-mesej palsu di media sosial kerana boleh menimbulkan kegemparan dan kekeliruan selain ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang dan akta tertentu.
--BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Mohd Hashim berkata, kertas-kertas undi awal hanya akan dikira pada 9 Mei, bermula 4 petang. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.