Jangan pertikai penglibatan aktivis tempatan dalam usaha bantu Gaza - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya hari ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya tidak mempertikai penglibatan aktivis tempatan dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin dan kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini.
Beliau berkata ketika seluruh dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas memberi tumpuan terhadap usaha mencari jalan damai, rakyat Malaysia sepatutnya turut mendoakan kejayaan usaha itu, dan bukannya menimbulkan polemik politik tidak sihat.
"Tumpuan satu dunia termasuk Mesir, Qatar dan Hamas ialah cari jalan memastikan proses perdamaian ini berhasil... jadi, kita di Malaysia pun begitu, doakan.
"Jangan timbulkan umpamanya, bantah lawatan (Trump) kerana kita sekarang minta semua negara termasuk rayuan kita kepada Trump supaya memastikan perjanjian ini dimeterai dan dilaksanakan," katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau di Presint 11 di sini hari ini.Anwar berkata jika Hamas sendiri menunjukkan komitmen ke arah perdamaian, tidak wajar ada pihak di dalam negara ini cuba menimbulkan perbalahan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami