awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan pinggirkan rawatan moden dalam melakukan rawatan Islam

Bernama
Bernama
01/02/2021
20:29 MYT
Jangan pinggirkan rawatan moden dalam melakukan rawatan Islam
Marzuk menasihatkan umat Islam supaya tidak terkeliru sehingga meminggirkan rawatan kaedah saintifik dan moden. - Gambar fail
TUMPAT:Umat Islam disaran supaya tidak meminggirkan rawatan perubatan saintifik secara moden dalam melakukan rawatan Islam sebagai usaha merawat pesakit COVID-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, alternatif rawatan secara Islam boleh digunakan.
Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya jangan terkeliru sehingga meminggirkan rawatan kaedah saintifik dan moden kerana rawatan tambahan seperti doa dan bacaan rukyah dibolehkan berdasarkan pembuktian.
"Jadi apa yang kita buat di hospital ini adalah berdasarkan bukti, ada virus, ada vaksin, kita makan ubat itu berlandaskan bukti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Musaadah COVID-19 Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Hospital Tumpat, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Hilmi Abdullah, mencadangkan selain rawatan moden, perubatan secara Islam juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dalam usaha merawat pesakit COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga sentiasa menyemak dari semasa ke semasa status penurunan kes COVID-19 untuk memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) mengenai jumlah jemaah ke masjid.
"Kita tidak kekal kepada satu SOP dari dulu hingga sekarang, kalau kes menurun kita akan benarkan jumlah jemaah bertambah mengikut keadaan. Namun sekarang kita terpaksa ketatkan balik memandangkan jumlah kes COVID-19 semakin meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rawatan moden
#rawatan Islam
#COVID-19
#perubatan saintifik
#Ahmad Marzuk Shaary
#rawatan alternatif
#SOP
#doa
#rukyah
#Hospital
#virus
#vaksin
#Islam
#pesakit COVID-19
#masjid
#Hilmi Abdullah
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan