awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan risau fenomena kerang di Pulau Ketam - Bomba

Bernama
Bernama
10/10/2018
12:00 MYT
Jangan risau fenomena kerang di Pulau Ketam - Bomba
Penemuan beribu-ribu kerang di sekitar perkampunagn Pulau Ketam telah menjadi tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai tanggapan umum. - Gambar hiasan
Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau Ketam di Selangor dinasihatkan agar tidak panik dengan gambar ataupun maklumat yang diviralkan mengenai kemunculan beribu-ribu kerang di pulau itu yang dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani menjelaskan fenomena seumpama itu akan berlaku setiap kali air pasang mula menjadi surut di kawasan berpasir seperti pulau nelayan itu.
"Fenomena kerang timbul di Pulau Ketam yang merupakan kawasan penternakan kerang merupakan perkara biasa setiap kali menjelang kejadian air pasang besar.
"Kerang itu kelihatan seolah-olah muncul di permukaan kawasan berpasir Pulau Ketam sebab air pasang mula surut lebih rendah dari keadaan biasa yang boleh mencecah sehingga paras 0.6 meter pada satu-satumasa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Samsol Maarif mengulas mengenai gambar dan maklumat yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seolah-olah kemunculan beribu-ribu kerang spesies lokan dan lala di pulau itu yang dikaitkan dengan petanda awal bencana alam.
Sebelum ini, sebuah portal, MalaysiaGazette yang memetik laporan media sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan fenomena kerang keluar daripada tanah dengan banyaknya sehingga kawasan berpasir Pulau Ketam dipenuhi haiwan laut itu berlaku Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang
#air surut
#bomba
#Fenomena
#kerang
#Pulau Ketam
#tsunami
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan