Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta agar semua pihak tidak menyalahgunakan surat sokongan pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disediakan majikan dalam sektor perkhidmatan kritikal.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Yong Lei Choo berkata, perkara itu akan mengagalkan usaha kerajaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 meskipun melakukan perintah kawalan berkenaan.
Tegas beliau, surat sokongan tersebut bagaimanapun akan diluluskan berdasarkan budi bicara PDRM jika tidak mempunyai sebab yang munasabah.
"Mana-mana syarikat yang membekalkan surat sokongan untuk keluar dari rumah atas alasan bekerja dalam sektor perkhidmatan kritikal akan ditentukan berdasarkan budi bicara PDRM sama ada ianya sah ataupun tidak.
"Ini kerana, jika ada pihak yang cuba menyalahgunakan surat sokongan ini, ia akan menyekat operasi kerajaan untuk menghadkan pergerakan dan secara langsung akan menghalang usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini.
"Namun seandainya perkara itu betul, kita akan mudahkan cara dan perjalanan semua pihak," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Isnin.
SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI COVID-19
Terdahulu beliau mengadakan tinjauan di lapan lokasi sekatan jalan raya di sekitar ibu negara bagi memastikan penguatkuasa PKP berjalan lancar.
Dalam pada itu, Lei Choo berkata, pihaknya tidak menolak untuk memperluaskan sekatan jalan raya di seluruh kawasan sekiranya masih ramai yang mengambil keputusan untuk ingkar dengan perintah berkenaan.
"Berdasarkan pemerhatian hari ini, dianggarkan 10 peratus kenderaan masih ada di jalan raya tetapi masih ramai yang tidak akur kepada perintah kawalan ini.
"Saya harap sangat supaya warga kota mematuhi peraturan ini bagi memastikan penularan wabak ini boleh diatas dalam masa yang singkat," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Mon Mar 23 2020
Surat sokongan tersebut bagaimanapun akan diluluskan berdasarkan budi bicara PDRM jika tidak mempunyai sebab yang munasabah. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Jangan salah guna surat sokongan pengecualian PKP!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta agar semua pihak tidak menyalahgunakan surat sokongan pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disediakan majikan dalam sektor perkhidmatan kritikal.