KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia perlu menahan keinginan berkongsi berita yang tidak disahkan menerusi platform media sosial seperti WhatsApp, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata sejak 2017 apabila pihak berkuasa mula memantau berita palsu, 11,000 aduan diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Portal suruhanjaya itu Sebenarnya.my menerima tidak kurang daripada 203 juta hit daripada orang awam yang bimbang sama ada item berita tertentu benar atau palsu dan itu mungkin bukan mencerminkan keadaan sebenar. Antara berita palsu yang disebar meluas ialah isu berkaitan kerajaan, jenayah, kesihatan, penggunaan dan keselamatan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata berita palsu juga menghakis keyakinan terhadap media berita tradisional dan serius contohnya surat khabar, radio dan televisyen.
"Ia juga meletakkan beban tidak sepatutnya ke atas wartawan yang terpaksa menapis dan mengesahkan kebenaran peristiwa itu sebelum menerbitkannya sebagai berita benar. Ini merupakan beban yang tidak sepatutnya ke atas mereka yang bekerja keras memastikan orang awam mendapat maklumat yang betul," katanya.
Beliau berkata berita palsu merupakan satu penyiksaan dalam kehidupan moden yang tidak akan berakhir dalam masa terdekat dan apa yang penting orang awam tahu bagaimana untuk hidup berhadapan dengannya dan tidak tertipu olehnya.
"Kami sudah ada COVID-19, masalah ekonomi, perubahan cuaca dan isu-isu lain yang memenuhi minda dan tenaga kami, tanpa perlu membazirkannya ke atas berita palsu.
Jika berita itu bunyinya pelik, semak dengan beberapa laman sesawang semakan fakta dalam internet. Bagi berita yang dihasilkan di Malaysia semak dengan Sebenarnya.my dan apabila portal ini mengatakan berita itu palsu, padamkannya serta-merta," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Lee Lam Thye berkata sejak 2017 apabila pihak berkuasa mula memantau berita palsu, 11,000 aduan diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
PM disaran pegang portfolio Menteri Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar memegang portfolio Menteri Perpaduan bagi memperkasakan masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
PRU15: Wakil rakyat perlu bersedia khidmat sepenuh masa - Lee Lam Thye
Parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka.