awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA

Bernama
Bernama
22/07/2023
04:23 MYT
Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA
Salahuddin kini sedang menerima rawatan susulan di ICU dan dalam pengawasan pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai dimohon agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung status kesihatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal berkata pembedahan ke atas Salahuddin yang mengalami pendarahan otak, telah selesai pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Beliau sedang menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan HSB," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Syakirin berkata pihak Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.
Pejabat Menteri turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan berterusan kepada Salahuddin, katanya.
Terdahulu, Syakirin memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam tadi dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#ICU
#Hospital Sultanah Bahiyah
#pendarahan otak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan