awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sebar video lama banjir Taman Sri Muda - Polis

Bernama
Bernama
20/08/2022
15:33 MYT
Jangan sebar video lama banjir Taman Sri Muda - Polis
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata penyebaran video lama bencana tersebut yang tidak mempunyai sebarang kesahihan itu boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan.
SHAH ALAM: Polis Shah Alam menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan video lama di laman sosial Twitter dan Facebook berkaitan bencana banjir di kawasan Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata penyebaran video lama bencana tersebut yang tidak mempunyai sebarang kesahihan itu boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan.
Beliau, dalam kenyataan ringkas, berkata pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh petugasnya di lapangan dan sehingga kini semua lokasi jalan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan walaupun berlaku kejadian banjir kilat separas buku lali petang tadi namun ia telah surut.
Dalam kenyaatan berasingan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, meminta penduduk di sekitar kawasan itu untuk tidak panik dan terpengaruh dengan viral-viral melalui media sosial.
BACA: Banjir kilat di Sri Muda dipercayai akibat paras Sg Rasau tinggi - Exco Selangor
"Pihak jabatan memohon kerjasama penduduk sekitar untuk mematuhi arahan keselamatan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian banjir di kawasan Taman Sri Muda dan mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan dari JBPM Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sri muda
#banjir selangor
#video lama
#laman sosial
#taman sri muda
#Polis Daerah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan