BAYAN LEPAS: Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan Lepas selepas solat Jumaat esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, perhimpunan itu dirancang oleh beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertujuan mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Jafri berkata, mereka yang menyertai perhimpunan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara berkaitan aktiviti jemaah masjid semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Mengulas lanjut Jafri berkata, ahli jawatankuasa masjid dan Pejabat Agama Islam Barat Daya juga sudah mengesahkan tidak memberi sebarang kebenaran bagi penganjuran perhimpunan itu.
"Polis ingin maklumkan bahawa tiada sebarang kebenaran diberi kepada mana-mana individu atau NGO berkumpul kerana ia melanggar peraturan dalam tempoh PPN Fasa 4," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) (No 11) 2021 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 44 saat di laman sosial yang meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu bagi mendesak KKM dan JHEAIPP supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Menerusi video berkenaan, seorang individu yang mendakwa mewakili NGO, meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu mengikut SOP yang ditetapkan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 09 2021

Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan Lepas selepas solat Jumaat esok.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Malaysia ambil tempat sebagai Naib Presiden WHA
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

Krisis Palestin | Bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Sukan SEA Vietnam | Emas ke-39 dari Muay Thai
Turut membutirkan kilauan emas pada Ahad ialah atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Selangor perlu lakukan pemeriksaan berkala untuk bendung pencemaran sisa plastik import - SAM
Selangor perlu memberi penekanan terhadap kepentingan mengadakan pemeriksaan dan penilaian berkala terhadap operasi semasa fasiliti memproses sisa plastik.

LRT Tergendala | Jawatankuasa khas ditubuh siasat punca kejadian
Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang tergendala pada Jumaat lalu. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, jawatankuasa itu melibatkan agensi siasatan luar bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.

Nahas Pelajar USAS | Keputusan audit keselamatan treler diketahui minggu depan
Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kemalangan tragis yang meragut nyawa lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu, akan diketahui minggu depan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi menentukan sama ada lori treler yang melanggar kumpulan pelajar berkenaan mematuhi segala peraturan ditetapkan.

Pembantu khas wakil rakyat maut basikal terbabas turun cerun
Seorang lelaki maut selepas basikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di jalan raya berdekatan Jalan Simpang Pulai, di sini petang tadi.

Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri
Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang.

Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal
Diherdik serta dipukul sehingga terjatuh, itu antara detik cemas yang dihadapi seorang warga emas dalam kejadian berhampiran jejantas di Padang Jawa di sini pada Ahad.

Jangan sertai perhimpunan di masjid Jumaat ini - Polis P. Pinang
Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan lepas selepas solat Jumaat esok.