Orang ramai perlu mengikis tanggapan bahawa barangan buatan Malaysia adalah kurang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.
Beliau berkata, terdapat banyak produk tempatan yang berjaya melepasi pasaran antarabangsa setiap tahun, malah, industri pengeluaran menyumbang sekitar 28 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.
"Ini bertentangan tanggapan ramai yang minyak dan gas sebagai penyumbang besar kepada GDP negara," katanya menambah bahawa industri berkenaan hanya menyumbang sekitar lapan peratus kepada GDP negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di sini, malam ini.
Chong berkata berdasarkan tinjauan didapati hanya 40 peratus rakyat tempatan memandang barangan keluaran dalam negara mempunyai standard walaupun 70 peratus dari mereka sedar mengenai kempen beli barangan buatan Malaysia.
"Ini menunjukkan sebanyak 60 peratus lagi masih berpandangan yang barangan buatan tempatan adalah sub standard kualitinya jika dibandingkan barangan import," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019
Timbalan Menteri KPDNHEP Chong Chieng Jen melihat dari dekat minyak sawit berkualiti tinggi yang dieksport ke luar negara pada Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Dataran Niaga MJC pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Jangan takut beli barang buatan Malaysia - Chong
Orang ramai perlu mengikis tanggapan bahawa barangan buatan Malaysia adalah kurang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.