awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan timbulkan polemik ganggu-gugat pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
26/08/2023
03:45 MYT
Jangan timbulkan polemik ganggu-gugat pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - Mohd Na'im
Semua pihak diminta untuk tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh mengganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan, kata Mohd Na'im Mokhtar.
KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh mengganggu-gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, KPM dalam kenyataan semalam jelas menyatakan program itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
"Dalam kenyataan KPM di media sosial rasmi bertarikh 25 Ogos 2023 menjelaskan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan untuk menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh KPM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na'im turut menyeru semua pihak supaya memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi MADANI seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Modul Penghayatan Hadis
#40 Imam Nawawi
#Kementerian Pendidikan
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan