awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tular semula komen provokasi kaum lama - PDRM

Bernama
Bernama
27/12/2022
08:46 MYT
Jangan tular semula komen provokasi kaum lama - PDRM
Pada 1 April seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang dikesan tular di media sosial sejak semalam itu merupakan komen lama.
Beliau berkata semalam polis telah mengesan penularan semula tangkap layar berkenaan di pelbagai media sosial antaranya di aplikasi Facebook dan Whatapps itu.
Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#keharmonian kaum
#Polis Diraja Malaysia
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan