awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy

Bernama
Bernama
09/02/2026
09:45 MYT
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
Nancy Shukri beramah mesra dengan peserta pada perasmian dan pameran sempena program Dayung Young Heritage Leaders Kompleks Mahkamah Lama hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditempatkan di Hospital Saratok bagi memastikan perlindungan serta kebajikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disyaki menjadi mangsa penderaan ibu angkatnya di Saratok, baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kaunselor juga turut berada bersama kanak-kanak terbabit bagi memberi sokongan emosi.
"Kes ini masih dalam siasatan polis dan mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan dan pemeriksaan doktor. Kita juga akan bincangkan mengenai penempatan sementara buat kanak-kanak ini.
"Buat masa ini juga tiada sebarang lawatan daripada mana-mana pihak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Dayung Young Heritage Leaders Programme (Dayung Warisan) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie dilaporkan berkata polis menahan seorang wanita berusia 47 tahun selepas disyaki menganiaya anak angkatnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dalam kejadian di Taman Kim Hin, Saratok pada 5 Feb.
Mathew berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas satu laporan polis dibuat pada 7 Feb oleh seorang guru yang bimbang mengenai keselamatan mangsa.
Sementara itu, Nancy berkata kementeriannya akan terus menjalankan program advokasi berkaitan kes dera yang melibatkan golongan dewasa serta kanak-kanak.
"Program ini untuk memberi kesedaran, kita juga akan maklumkan mengenai Talian Kasih 15999 untuk melindungi diri mereka. Melalui talian ini kanak-kanak juga boleh bertindak sendiri untuk hubungi bantuan," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kes dera
#Saratok
#pegawai JKM
#Nancy Shukri
#Ibu angkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan