awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkaan kesesakan trafik: Polis mulakan Op Lancar hingga Isnin

Bernama
Bernama
28/04/2023
06:00 MYT
Jangkaan kesesakan trafik: Polis mulakan Op Lancar hingga Isnin
PDRM menjangka pertambahan kenderaan yang ketara di atas jalan raya berlaku dalam tempoh berkenaan, susulan cuti persekolahan yang bakal berakhir dan cuti Hari Pekerja. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga Isnin ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik, terutama di lebuh raya utama negara.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata PDRM menjangka pertambahan kenderaan yang ketara di atas jalan raya berlaku dalam tempoh berkenaan, susulan cuti persekolahan yang bakal berakhir dan cuti Hari Pekerja.
Beliau berkata PDRM menjangkakan terdapat pertambahan aliran kenderaan bagi pengguna jalan raya dan lebuh raya utama seluruh negara memandangkan orang ramai masih dalam suasana berhari raya.
"Oleh itu, bagi melancarkan pergerakan pengguna jalan raya, Op Lancar akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 1 Mei ini terutama di kawasan hotspot berlaku kesesakan aliran lalu lintas.
"Selain itu, PDRM akan menempatkan petugas di lokasi yang telah dikenal pasti bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mat Kasim berkata PDRM juga akan mengambil tindakan penyuraian kesesakan dengan mengaktifkan laluan smartlane di Lebuhraya Utara Selatan menerusi kerjasama dengan PLUS Berhad di beberapa lokasi.
"Lokasi itu ialah di persimpangan Port Dickson hingga persimpangan Seremban, persimpangan Senai Utara hingga persimpangan Kulai, Gua Tempurung ke Gopeng, Slim River ke Sungkai serta Rawang ke Sungai Buaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Op Lancar
#kelancaran aliran trafik
#pertambahan kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan