awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkaan tak munasabah ibu bapa faktor penyumbang kemurungan anak muda

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
21/12/2017
03:05 MYT
Jangkaan tak munasabah ibu bapa faktor penyumbang kemurungan anak muda
Harapan tidak munasabah oleh ibu bapa dikenalpasti sebagai punca utama bagi kebanyakan kes kemurungan dalam kalangan orang muda. foto - gambar hiasan
Jangkaan yang tidak munasabah oleh ibu bapa dikenal pasti sebagai punca utama bagi kebanyakan kes kemurungan dalam kalangan orang muda.
Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata jika dilihat pada kes-kes tersebut, kemurungan itu timbul daripada kekecewaan.
"Tidak kisah kekecewaan disebabkan apa. Sama ada ibu-bapa atau rakan-rakan, kekecewaan yang dialami kadangkala menjadi terlalu berat untuk seseorang sehingga dia menjadi murung," kata beliau.
Tambahnya, ada beberapa simptom yang boleh dikenal pasti bagi individu yang mengalami kemurungan seperti perubahan tingkah laku.
"Contohnya, sebelum ini anak anda adalah seorang yang aktif tetapi sudah berubah menjadi pasif. Ini adalah tanda-tanda dia berkecenderungan tinggi untuk menghadapi kemurungan.
Selain daripada jangkaan tidak munasabah daripada ibu bapa, Dr Abdul Jalil turut menyentuh mengenai isu buli siber yang turut menyumbang kepada kecenderungan untuk seseorang menghadapi kemurungan.
"Kadangkala kita lihat, apabila seseorang meluahkan sesuatu di media sosial misalnya, maklum balas atau komen yang diberi mungkin menyebabkan kemurungan yang dihadapi seseorang itu semakin teruk.
"Jika komen yang diberi itu positif, Alhamdulilah. Namun, sekiranya ia negatif, ini mungkin akan menambah kecenderungan seseorang untuk menghadapi kemurungan," kata beliau.
Apabila ditanya sekiranya faktor jantina dan norma budaya berkaitan menjadi penyumbang kepada kemurungan, Dr Abdul Jalil berkata ia tidak memberi impak yang besar.
"Apabila kita lihat kes-kes, dari segi jantina, ada kajian yang menunjukkan lelaki mempunyai kecenderungan lebih tinggi daripada wanita dan sebaliknya.
"Jadi, bagi saya, semua orang berpotensi untuk hadapi kemurungan," katanya.
Topic Berkaitan
#anak muda
#Dr Abdul Jalil Hassan
#harapan
#ibu bapa
#Kemurungan
#psikologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan