MCMC nafikan syarat 80 peratus kandungan tempatan dalam lesen penyiaran

Tiada larangan terhadap kandungan antarabangsa, dan penjadualan sepenuhnya bergantung kepada penyiar berdasarkan garis panduan MCMC.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajibkan memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80 peratus kandungan tempatan menerusi perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Ringkasan AI
- MCMC menafikan dakwaan kuota 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran sebagai syarat perjanjian perdagangan dengan AS.
- Tiada larangan terhadap kandungan antarabangsa, dan penjadualan sepenuhnya bergantung kepada penyiar berdasarkan garis panduan MCMC.
- Kerajaan sedang bangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) untuk memperkukuh kandungan tempatan dan tadbir urus penyiaran yang telus.
“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan berdasarkan garis panduan dan piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana, dan penjadualan kandungan sepenuhnya bergantung kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran serta peraturan sedia ada.
MCMC menambah, kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) bagi memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan, memperkukuh pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


