awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini hampiri angka 400,000

Bernama
Bernama
26/10/2020
12:22 MYT
Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini hampiri angka 400,000
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 101,897 dengan tambahan 906 kes baharu. - Gambar fail REUTERS
JAKARTA:Indonesia mencatatkan 3,222 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 392,934 kes, dengan jumlah pesakit yang sembuh 317,672.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, 170,163 lagi masih dalam pemantauan jangkitan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 112 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 13,411 orang.
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 101,897 dengan tambahan 906 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,683 orang, diikuti Jakarta (2,177), Jawa Tengah (1,689) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Indonesia
#kes positif
#Provinsi Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan