awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis

Bernama
Bernama
11/04/2022
15:28 MYT
Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad dalam kenyataan di sini berkata perkara itu disahkan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), yang menjalankan bedah siasat ke atas tahanan tersebut hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis hari ini memaklumkan bahawa kematian seorang lelaki warga tempatan di lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Sabtu lepas berpunca daripada acute on chronic lung infection with underlying pulmonary tuberculosis with COVID-19.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad dalam kenyataan di sini berkata perkara itu disahkan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), yang menjalankan bedah siasat ke atas tahanan tersebut hari ini.
Katanya bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Lelaki berusia 42 tahun itu yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kuantan pada 6.35 petang, Sabtu.
Dalam pada itu, Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner untuk keputusan.
Pada 21 Mac lepas, Azri dilapor sebagai berkata lelaki terbabit telah dihantar ke lokap berkenaan bagi menjalani hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghadapi pertuduhan di mahkamah pada 14 April ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) akta yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkita paru-paru
#kematian dalam lokap
#COVID-19
#Azri Ahmad
#JIPS
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan