awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jantung bengkak, Jalil Hamid hilang 30 kilogram

Gempak
Gempak
02/12/2023
00:30 MYT
Jantung bengkak, Jalil Hamid hilang 30 kilogram
Jalil Hamid mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.
PELAKON Jalil Hamid mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan sejak setahun lalu.
Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, berkata, dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.
“Dalam tempoh setahun ini, berat badan turun banyak iaitu sekitar 30kg sebab bila makan, memang akan keluar semula.
“Jadi, saya hanya boleh makan sesuatu yang cair seperti bubur.
“Penurunan berat badan ini juga membuatkan saya tidak stabil ketika berjalan.
“Saya juga sudah tidak boleh memandu kereta jadi isteri yang bantu hantar ke mana-mana,” katanya kepada Kosmo! Online.
Mengulas lanjut penyakit dihidapi, dia disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun lalu.
“Kini saya pelu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital memandangkan doktor mengesyaki saya ada masalah berkaitan jantung.
“Doktor ada minta dimasukkan ke wad tapi saya menolak. Alhamdulillah, saya masih okey dan sudah mampu berjalan berbanding sebelum ini,” ujarnya lagi. - Gempak
Topic Berkaitan
#Jalil Hamid
#jantung Jalil Hamid bengkak
#Jalil Hamid hilang 30 kg
#pemeriksaan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan