KUALA LUMPUR: Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata untuk itu pihaknya akan bertemu dengan wakil kumpulan tersebut bagi mendapatkan input sebelum ia diumumkan.
"Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji (bentuk jaringan keselamatan sosial)...sekiranya nak tunggu akta (dan) sebagainya, akan (ambil) masa lama, saya sudah bincang dengan pemangku Ketua Setiausaha kementerian juga.
"Dalam seminggu dua ini kita akan buat pengumuman bagaimana mengunakan kuasa menteri KSM untuk memberikan jaringan keselamatan sosial bagi kumpulan ini," katanya selepas pelancaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) dan Portal Myperkasa Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.
Baru-baru ini sekumpulan pekerja e-hailing dan p-hailing melakukan mogok, susulan tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
Mengenai PLK-i, Saravanan berkata pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah itu yang dibuka kepada semua kaum, akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan seiring dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
"Ini salah satu produk dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi mengurangkan beban pemohon, kerana mereka tidak perlu bayar faedah untuk 12 bulan pertama.
"Dalam pada itu, saya cadangkan juga kepada PTPK agar mengambil kira perubahan yang sedang dan akan berlaku, oleh kerana IR 4.0 akan bawa banyak perubahan maka PTPK perlu mengenal pasti program yang ada peluang lebih cerah, bagi mengatasi masalah ketidaksepadanan kerja dengan kelulusan yang dimiliki," katanya.
PLK-i yang dilancarkan pada hari ini, akan berkuatkuasa 15 Ogos bagi fasa pertama.
PTPK adalah agensi di bawah KSM yang menguruskan dana Pinjaman Latihan Kemahiran yang berterusan, kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Perkeso bakal lindungi suri rumah mulai 2022
Golongan suri rumah yang dilanda musibah akan mendapat pembelaan melalui skim caruman Perkeso.
[LAPOR LANGSUNG] Joe Biden kini Presiden AS ke-46
Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.
Mencipta kelas menengah baharu
Idea 'New Deal' bagi pekerja muda perlu diperluaskan dan mengalami perubahan mengikut kehendak terkini.