awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS beri kelulusan bersyarat projek PSR

Bernama
Bernama
05/07/2019
12:37 MYT
JAS beri kelulusan bersyarat projek PSR
Chow menunjukkan surat kelulusan laporan EIA bagi projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang yang diterima daripada JAS, pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Taiwan 2019, di Pusat Konvensyen Setia SPICE, hari ini. --fotoBERNAMA
Kerajaan Pulau Pinang telah menerima kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan surat kelulusan berserta 72 syarat itu diterima menerusi faksimili petang semalam dengan memberi kelulusan kepada permohonan kerajaan negeri melaksanakan projek PSR berkenaan.
"Buat masa ini, kerajaan negeri akan menelti kandungan nasihat dan syarat itu dan akan menjelaskan lebih lanjut perincian mengenai kelulusan PSR selepas pertemuan dengan JAS minggu depan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Taiwan 2019 di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut.
Projek PSR dicadangkan bertujuan mewujudkan bank tanah untuk membiayai Rancangan Induk Pengangkutan (PTMP) Pulau Pinang.
Difahamkan jangka masa projek tebus guna adalah selama 15 tahun dan keseluruhan projek dijangka siap antara 30 hingga 50 tahun.
Chow berkata 72 syarat yang perlu dipatuhi tersebut adalah lebih daripada kelulusan EIA sebelum ini dan kerajaan negeri memerlukan masa untuk mengkaji kesemua syarat tersebut.
"Apabila kita melaksanakan projek tersebut, kami akan mematuhi semua syarat dan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang memberi kelulusan walaupun ia melibatkan perbelanjaan.
"Saya percaya kesemua syarat ini bukan sesuatu yang baharu kerana semasa proses permohonan, kami mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi berkaitan teknikal yang mengenakan syarat tersebut terhadap kerajaan negeri.
"Kami menyedari sepenuhnya dengan semua syarat tersebut sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank tanah
#Chow Kon Yeow
#Jabatan Alam Sekitar
#kelulusan
#lapangan terbang
#laporan EIA
#LTAPP
#Penilaian Kesan Alam Sekitar
#projek tambak laut
#PSR
#PTMP
#pulau pinang
#Rancangan Induk Pengangkutan
#syarat dan peraturan
#tebus guna kawasan laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan