ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 934 kompaun kepada pemilik kenderaan bermotor kerana kesalahan melepaskan bahan pencemar melebihi standard ditetapkan dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh suku ketiga tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata kompaun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 31,536 kenderaan menerusi 4,438 Operasi Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor (Ops Statik) melibatkan Ops Statik Diesel, Ops Statik Petrol, Ops Bunyi Bising Motosikal dan Ops Gas Motosikal.
"Bagi Ops Statik Diesel sebanyak 20,687 kenderaan diperiksa dan 271 kompaun dikeluarkan, Ops Statik Petrol sebanyak 478 kenderaan diperiksa dan 28 kompaun dikeluarkan, Ops Bunyi Bising Motosikal sebanyak 9,245 kenderaan diperiksa dan 625 kompaun dikeluarkan manakala Ops Gas Motosikal sebanyak 1,126 kenderaan diperiksa dan 10 kompaun dikeluarkan.
"Kenderaan yang tidak mematuhi had ditetapkan iaitu 50 peratus ketumpatan asap hitam akan dikenakan tindakan kompaun," katanya pada sidang media selepas Ops Statik di sini hari ini, yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam operasi hari ini, sebanyak 59 kenderaan diesel diperiksa dan tiga pemilik kenderaan dikenakan kompaun dan di arah untuk menjalankan ujian semula kenderaan masing-masing selepas tindakan pembetulan diambil.
Wan Abdul Latiff berkata JAS sentiasa komited untuk mengawal punca-punca pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti terutamanya di kawasan perbandaran yang disebabkan oleh kenderaan bermotor.
"Ops Statik ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh negara kerana tugas kami adalah untuk memastikan kualiti udara di negara ini terpulihara serta sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat untuk rakyat.
"Kita juga minta semua pemilik kenderaan untuk sentiasa memastikan kenderaan masing-masing diselenggara secara berkala bagi mengelakkan pelepasan asap berlebihan yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Wan Abdul Latiff berkata kompaun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 31,536 kenderaan menerusi 4,438 Operasi Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor (Ops Statik) - FB JAS
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
JAS keluar 934 kompaun menerusi Ops Statik
Wan Abdul Latiff berkata JAS sentiasa komited untuk mengawal punca-punca pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti terutamanya di kawasan perbandaran yang disebabkan oleh kenderaan bermotor.