Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan itu bagi mengenal pasti secara menyeluruh bentuk pencemaran sebelum mengambil tindakan susulan.
"Beberapa penyelesaian boleh dibuat...apa sahaja melibatkan industri ternakan, sekiranya perlu dipindahkan dari kawasan itu kita boleh arahkan seperti penternakan babi berdekatan lapangan terbang di Sarawak yang telah dipindahkan kerana mengakibatkan bau busuk.
"Sekiranya benar dakwaan pencemaran di sungai itu disebabkan najis babi, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik ladang berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan penduduk kampung berkenaan mendakwa pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan sungai, malah menyebabkan penduduk khususnya orang Melayu berpindah selepas menjual tanah masing-masing kerana tidak tahan dengan pencemaran itu.
Menurut laporan itu, lebih 12 hektar tanah berstatus pegangan bebas milik penduduk Melayu sudah bertukar milik selepas pemiliknya tidak mampu meneruskan kehidupan yang diselubungi bau busuk kesan pencemaran najis babi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
WAN JUNAIDI: Sekiranya benar dakwaan pencemaran di sungai itu disebabkan najis babi, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik ladang berkenaan.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
JAS siasat pencemaran najis babi di Sungai Giling - Wan Junaidi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor.