KUALA LUMPUR:Isu peruntukan sebanyak RM85.5 juta yang akan dibekalkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) merupakan antara yang dibantah oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Rata-rata berpendapat bahawa peruntukan sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan akibat pandemik COVID-19.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Amanah) amat tidak wajar untuk kerajaan mempertingkatkan peruntukan untuk Jasa yang mahu dihidupkan kembali ketika rakyat berdepan masalah ekonomi.
"Soal Jasa yang mendapat peruntukan sebanyak RM80 juta lebih, ia adalah merupakan satu jumlah yang tertinggi dalam sejarah.
"Masa BN dulu ada tetapi ketika PH tidak ada kerana kami rasakan Jasa ini merupakan platform untuk membuat lantikan politik dan agensi propaganda.
"Kami rasa tidak perlu kerana sudah ada kementerian penerangan dan agensi lain tetapi tiba-tiba kita tengah sibuk dengan pandemik, peruntukan Jasa ditingkatkan," katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Bagi Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar (UMNO), kerajaan perlu sedar bahawa ketika ini membantu rakyat perlu diutamakan berbanding melantik pegawai Jasa.
"Itu pun kita kena tengok balik, sama ada perlu atau tidak Jasa itu diwujudkan. Saya akui ketika BN perintah memang Jasa wujud tetapi masa PH tidak wujud.
"Sekarang sesuai atau tidak diwujudkan dalam keadaan ekonomi rakyat tengah susah, yang mana lebih penting nak lantik pegawai Jasa atau nak tolong rakyat, yang ini kita nak kena timbangkan," katanya.
Manakala bagi Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu), biarpun Jasa merupakan satu agensi yang mempunyai peranan tersendiri tetapi peruntukan RM85.5 juta boleh digunakan untuk manfaat rakyat.
"Memang Jasa satu agensi yang pada saya ada gunanya tetapi sama seperti Tan Sri Noh, saya ingin tanya juga, adakah buat masa ini sesuai?
"Mungkin boleh dilakukan pada 2022, tetapi buat masa sekarang kita boleh gunakan peruntukan itu untuk benda-benda lain yang boleh beri manfaat kepada rakyat yang memerlukan," jelas beliau.
Bagi Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (DAP), kerajaan perlu mengambil kira pandangan yang diutarakan oleh ahli-ahli parlimen terutama dari yang menyokong kerajaan.
"Saya rasa semua orang kurang bersetuju dengan peruntukan dengan Jasa, RM85.5 juta itu terlalu banyak dan dalam kalangan backbenchers juga telah utarakan pandangan mereka bagaimana RM85.5 juta ini boleh diluluskan," katanya.
Ketika pembentangan belanjawan 2021, 6 November lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada Jasa yang akan kembali diwujudkan.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 25 2020

Isu peruntukan sebanyak RM85.5 juta yang akan dibekalkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) merupakan antara yang dibantah oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. -Gambar fail

Sukan musim sejuk makin popular di Sichuan
Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, Sichuan kini semakin menjadi pilihan sebagai destinasi peranginan untuk sukan musim sejuk. Pelbagai kemudahan sukan musim sejuk yang dibina, menaikkan lagi nama wilayah itu sebagai destinasi pilihan penggemar sukan musim sejuk.

Davos 2021 | Gelembung perjalanan mampu pulih ekonomi dunia
Inisiatif gelembung perjalanan dan laluan hijau perniagaan dilihat amat penting sebegai inisiatif dalam memulihkan semula ekonomi menerusi proses rantaian bekalan. Para pemain industri berpandangan, gelembung perjalanan akan menjadi pemudah cara perniagaan susulan permintaan tinggi pengguna saat COVID-19 masih meruncing.

Pelajar OKU | Pertimbang laksana PdP bersemuka kepada pelajar pendidikan khas
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof. Dr Omar Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan keciciran pendidikan berlaku terhadap golongan berkenaan memandangkan mereka berdepan kesukaran untuk melakukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

COVID-19 | Ribuan dikaitkan dengan kluster hospital Taiwan
Pihak berkuasa kesihatan Taiwan mengarahkan 5,000 individu dikuarantin bagi mengenal pasti punca dua jangkitan COVID-19 yang dikaitkan di sebuah hospital.

COVID-19 | Indonesia lepasi angka sejuta kes positif
Indonesia yang mula dijangkiti wabak COVID-19 pada Mac tahun lalu, kini merekodkan angka keseluruhan lebih sejuta kes positif.

Destinasi pinggir bandar dijangka jadi pilihan penduduk China
Kemunculan sebula kes baharu COVID-19 dibeberapa kawasan di China dijangka mempengaruhi pilihan destinasi percutian penduduk negara itu sempena Tahun Baharu Cina. Atas faktor keselamatan, pilihan paling popular kini adalah destinasi di pinggir bandar.

Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
KKM hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.

COVID-19 | Jawatankuasa setuju memobilisasi sumber persekutuan dan negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

COVID-19 | 11 kes kematian dua hari berturut-turut
Malaysia catat kes kematian baharu sebanyak 11 kes bagi tempoh dua hari berturut-turut manakala kes baharu COVID-19 dilaporkan sebanyak 3,585 kes.

Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco
Mohd Akmal berkata, setakat ini, air terjun yang berada dalam kompartmen 15 dan dikenali dengan nama Teluk Sera masih terpelihara.

Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19
Menurut Noh Omar, menantu lelakinya itu tinggal bersama dengannya.

Kepimpinan UMNO diminta beri lebih tumpuan kepada pembahagian kerusi di Selangor - Noh Omar
UMNO Selangor mahu perhatian lebih diberikan oleh kepimpinan pusat parti berkenaan kepada negeri itu dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) nanti.

Kerajaan PN lemah dan tidak stabil, kata Noh Omar
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, mengakui kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional lemah dan tidak stabil.

Jasa atau rakyat? Ahli Parlimen persoal peruntukan RM85.5 juta ketika musibah COVID-19
Rata-rata berpendapat bahawa peruntukan sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan akibat pandemik COVID-19.

Belanjawan 2021: Sokong atau tidak, kita dengar esok jawapan Menteri Kewangan - Noh Omar
Banyak perkara yang membuatkan Belanjawan 2021, yang juga belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN), sukar diramal akan diluluskan atau tidak.

'Saya tidak terlibat atau sokong Anwar' - Mahdzir Khalid
Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, laporan sebuah portal berita dalam talian itu adalah tidak benar.

Empat negeri jadi contoh tambah baik Mahkamah Syariah
Inisiatif-inisiatif berbentuk inovasi telah diperkenalkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes dan kelancaran pengurusan pentadbiran mahkamah.

Mansuh hukuman mati kesalahan pengedaran dadah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ramkarpal juga ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah kepada hukuman penjara minimum supaya hukuman dijatuhkan berdasarkan fakta setiap kes.

Jangan terlalu banyak main politik, nasihat Azmin Ali
Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak "bermain politik".

PRU15: Muafakat Nasional Selangor selesai agih 90 peratus kerusi
Muafakat Nasional (MN) Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).