awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad penuntut UiTM lemas di Pantai Cherating ditemukan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2023
03:00 MYT
Jasad penuntut UiTM lemas di Pantai Cherating ditemukan
Ahli keluarga kelihatan hiba selepas dimaklumkan penemuan jasad mangsa. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating berakhir apabila mayatnya ditemukan di Pantai Baging, Sungai Ular, awal pagi tadi.
Mayat mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan kira-kira sembilan kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati ibu bapa mangsa kelihatan hiba dan mereka memaklumkan jenazah dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk proses bedah siasat.
Turut kelihatan di lokasi kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Andansura Rabu yang hadir bagi menenangkan ahli keluarga mangsa.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang penuntut UiTM Dungun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Pantai Cherating di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama 19 rakannya tiba di pantai itu kira-kira jam 1.30 petang untuk berehat dan berkelah.
Menurutnya, ketika mereka mandi sambil bermain di dalam air, ombak tinggi tiba-tiba datang merempuh kumpulan pelajar itu.
Katanya, mangsa dipercayai terpecah daripada kumpulan rakannya apabila dibawa arus ke tengah sebelum hilang manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pantai cherating
#Adam Ridhuan Abdul Rejab
#UiTM Dungun
#Penuntut Universiti Teknologi Mara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan