awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jati, Perkasa hantar nota bantahan Vatican City

Bernama
Bernama
17/07/2013
00:29 MYT
Jati, Perkasa hantar nota bantahan Vatican City
Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Vatican City di sini, pada Jumaat.
Tindakan itu, bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berhubung isu kalimah Allah.
Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata pemimpin tertinggi NGO Islam akan turut sama menyerahkan nota tersebut pada 2.30 petang dan berharap duta berkenaan menerima sendiri nota bantahan itu.
"Tujuan kami adalah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan komen yang telah dibuat Biskop Joseph Marino yang dianggap mula campur tangan dalam urusan negara ini.
"Komen beliau menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara tersebut tidak patut berlaku dalam bulan Ramadan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.
Marino dikatakan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian.
Menurut Hasan, antara kandungan dalam nota itu ialah menyeru duta berkenaan menghormati negara seperti tertakluk di bawah Konvensyen Vienna 1961 yang menjelaskan berkenaan tugas dan tanggungjawab serta cara duta dan wakil asing mengendalikan diri mereka di tempat yang ditugaskan.
"Kita mahu tekankan kesalahan yang dilakukannya kerana kenyataan yang dikeluarkan telah menimbulkan rasa marah, tidak puas hati dan keraguan dalam kalangan masyarakat terutamanya umat Islam," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang turut hadir mengulas berkenaan isu pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan umat Islam dalam bulan Ramadan.
"Kami menolak permintaan maaf pasangan tersebut yang telah menghina kesucian agama Islam kerana bukan pertama kali perkara seperti ini berlaku. Kerajaan perlu bertindak tegas," kata Ibrahim.
Pasangan itu mempersendakan Ramadan dengan memuat naik mesej 'Selamat Berbuka Puasa' dalam akaun Facebook sambil menikmati bak kut teh (sup tulang babi) dengan menyertakan logo halal.
Topic Berkaitan
#Jati
#PERKASA
#Vatican City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan