SUNGAI PETANI: Satu jawatankuasa akan dipanggil bagi tujuan membantah cadangan memperkenalkan bak kut teh sebagai salah satu makanan warisan rakyat Malaysia.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah menjelaskan, beliau yang memegang Portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kabinet bayangan akan memanggil jawatankuasa tersebut sebagai persediaan melaksanakan tindakan selanjutnya.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sokongan dan suara rakyat Malaysia turut diperlukan dalam usaha mengekang cadangan berkenaan dari terus mendapat perhatian.
"Saya akan memanggil jawatankuasa bagi menentang habis-habisan supaya bak kut teh ini tidak disenaraikan sebagai makanan tradisional.
"Saya juga mohon tuan puan menyokong tindakan ini dan ia tidak diluluskan sebagai makanan tradisi Malaysia," katanya ketika hadir ke Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Parlimen Merbok di Bandar Laguna Merbok pada Sabtu.
Hadir sama melaksanakan pelancaran termasuk Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya, Pengerusi Gerakan Kedah, Marimuthu Selvan, Pengarah Pilihan Raya PN Kedah, Mohd Hilmi Abd Wahab dan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan.
Jelas Mohd Suhaimi, antara 30 makanan yang dimakan oleh pelbagai kaum di Malaysia, bak kut teh tidak disenaraikan dan tidak sesuai dijadikan makanan tradisi.
"Macam mana nak jadi makanan tradisi Malaysia sebab ada juga masyarakat Cina dan India yang tidak makan, apatah lagi bangsa lain," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing meminta pegawai kementerian untuk meneliti kemungkinan mengiktiraf secara rasmi bak kut teh sebagai makanan warisan rakyat Malaysia.
Ia susulan pertanyaan daripada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (PH) berhubung usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 18 2023
Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Parlimen Merbok diadakan di Bandar Laguna Merbok pada Sabtu dihadiri pemimpin gabungan itu. - Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab
Tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua warganegara Malaysia.
Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi
Satu jawatankuasa akan dipanggil bagi tujuan membantah cadangan memperkenalkan bak kut teh sebagai salah satu makanan warisan rakyat Malaysia.
Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.
Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.