awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa bencana semua daerah di Sabah diaktifkan serta-merta - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
29/12/2021
12:20 MYT
Jawatankuasa bencana semua daerah di Sabah diaktifkan serta-merta - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana itu diaktifkan serta-merta.
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua daerah di Sabah diaktifkan dalam berdepan musim tengkujuh dan Luruan Monsun yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana itu diaktifkan serta-merta.
Malah, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Safar Untung untuk menggerakkan jawatankuasa selain berada dalam keadaan siap siaga.
“Saya telah bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong untuk mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai daerah supaya segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan terutama sekali angin kencang, banjir dan tanah runtuh.
“Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan tiada tersumbat sekiranya berlaku hujan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk mematuhi amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia dan menjaga keselamatan pada setiap masa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca buruk di pantai timur dan bahagian Utara Sabah.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#Sabah
#Hajiji Noor
#luruan monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan