awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas

Bernama
Bernama
14/02/2019
21:34 MYT
Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas
Dr Ibrahim berkata pihaknya menerima setiap pandangan secara terbuka dan menilainya dengan lebih teliti daripada pelbagai aspek. -Gambar fail
Lebih 5,000 maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan mengemukakan cadangan mengenai penambahbaikan sistem pendidikan di negara ini, kata Presiden Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid.
Beliau berkata pihaknya menerima setiap pandangan secara terbuka dan menilainya dengan lebih teliti daripada pelbagai aspek.
"Kita sudah mendapat maklum balas daripada lebih 2,500 pemegang taruh secara bersemuka manakala selebihnya dilakukan secara dalam talian. Sehingga sekarang, JKD masih mengalu-alukan sebarang cadangan.
"Kita terbuka menerima dan menghujah segala maklum balas daripada rakyat, apabila ada kewajarannya (cadangan) kita akan masukkan dalam laporan (yang akan dibentang kepada Kementerian Pendidikan)," katanya ketika ditemui Bernama di Wisma Bernama, di sini pada Khamis.
Beliau hadir sebagai tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.
Beliau berkata antara maklum balas diterima itu, lebih kepada soal pelaksanaan berkaitan sistem pendidikan, penambahbaikan dan bukannya soal dasar yang menjadi fokus utama pihaknya.
Ibrahim, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maklum balas tersebut.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penubuhan JKD sebagai badan bebas untuk mengkaji dasar pendidikan negara selain Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (prasekolah hingga lepasan menengah) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (pendidikan tinggi).
JKD yang terdiri 13 anggota itu bekerjasama dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk mengkaji dasar pendidikan negara sebelum membuat syor kepada Kementerian Pendidikan pada 30 April depan.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ahmad Bajunid
#Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#Maszlee Malik
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan