KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur.
Jelas Ka Siong, jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand.
"Susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand pada Februari 2022, kami seperti mana yang diamanahkan oleh kedua-dua Perdana Menteri, buat kali pertama memulakan perbincangan tentang cadangan projek keretapi kelajuan tinggi (HSR) dari Bangkok ke Kuala Lumpur," katanya melalui laman sosial Facebooknya pada Selasa.
Ka Siong turut merakamkan penghargaan kepada Saksayam atas kerjasama melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) pada pertengahan Mac 2022 walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula mulai 1 April 2022.
"Malaysia dan Thailand akan terus berkerjasama untuk memulihkan sektor penerbangan," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Tue May 17 2022

Jelas Ka Siong, jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand. - Foto Facebook/Wee Ka Siong

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobiliti dipertimbang
Garis panduan itu apabila siap akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diluluskan seterusnya diumumkan.

Kerajaan cari penyelesaian atasi isu permit pekerja asing - Wee Ka Siong
Banyak syarikat pelbagai bidang sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan kelewatan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Pembangunan kemajuan projek ECRL capai 30 peratus - Wee Ka Siong
Bilangan kawasan kerja akan terus meningkat menjelang kemuncak pembinaan pada 2023.

Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".

Kemenangan setiap calon BN jadi keutamaan MCA - Wee
Kemenangan setiap calon Barisan Nasional (BN) menjadi keutamaan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menurut Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

Cadangan had usia kenderaan perlu dilihat secara menyeluruh - Wee Ka Siong
Wee Ka Siong berkata, jika mahu laksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.

Perkhidmatan Shuttle Tebrau ke Woodlands mula operasi, hampir 70,000 tiket terjual
Hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.

Pindaan terbaharu Akta 333 APJ akan dibentang tidak lama lagi - Wee
Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

PLANMalaysia perincikan garis panduan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti
Larangan hanya terpakai di jalan raya demi memelihara keselamatan orang ramai.