KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melancarkan Akademi al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA), yang bertujuan melahirkan lebih ramai qari dan qariah berkualiti pada masa hadapan.
Pelancaran AQWA disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mohktar semalam.
Mohd Na'im dalam teks ucapannya yang dibacakan Syed Kamarulzaman berkata akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
"AQWA beroperasi sepenuhnya di Masjid Wilayah Persekutuan dan menganjurkan kelas pengajian pada hari Sabtu setiap minggu dalam tempoh sembilan jam," katanya.
Mohd Na'im berkata seramai 31 orang qari dan qariah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, telah dipilih menyertai AQWA bagi kumpulan pertama, manakala tujuh tenaga pengajar telah dilantik dalam kalangan pensyarah dalam bidang taranum, serta mantan johan qari dan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk bertugas di akademi itu.
"Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk melatih para peserta dalam aspek tajwid, fasahah, taranum dan suara," katanya.
Pada majlis tersebut, turut diadakan program sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan, yang dihadiri 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta, institusi tahfiz sekitar Kuala Lumpur, masyarakat awam dan wakil agensi kerajaan dan swasta.
Sementara itu Pengarah JAWI Datuk Haji Mohd Ajib Ismail berkata sambutan Nuzul al-Quran itu bertujuan menggalakkan umat Islam menghayati inti pati al-Quran dalam kehidupan, selain menyahut saranan ajaran Islam yang menganjurkan amalan perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam membangun masyarakat MADANI.
Pada majlis itu, Qari Kebangsaan dan Antarabangsa Ustaz Abdul Khair Jalil, memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran disusuli dengan sesi Tadabur al-Quran yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Antara aktiviti AQWA yang beroperasi sepenuhnya di Masjid Wilayah Persekutuan ialah menganjurkan kelas pengajian pada setiap Sabtu dalam tempoh 9 jam secara bulanan sepanjang tahun. - Facebook JAWI
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.