Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedia menilai dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan penguatkuasaan kes kesalahan-kesalahan jenayah syariah termasuk kes khalwat.
Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail menjelaskan, perkara itu akan dilakukan jika terdapat kelompangan dalam SOP penguatkuasaan sedia ada.
"JAWI sebagai agensi yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan yang diperuntukkan oleh undang-undang telah melaksanakannya dengan penuh berhati-hati dan cermat mengikut SOP yang telah ditetapkan.
"Namun sekiranya terdapat apa-apa kelompangan maka SOP ini akan dinilai dan disemak semula dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanannya selain boleh dibuat penambahbaikan sekiranya perlu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Mohd Ajib, JAWI bersikap terbuka untuk menerima sebarang idea, pandangan dan teguran dari mana-mana pihak bagi membantu proses penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP berkenaan.
Buat masa ini JAWI memberi perhatian kepada aspek pencegahan bagi memberi maklumat kepada orang Islam agar tidak melakukan kesalahan dilarang dalam undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
"Justeru tindakan undang-undang yang akan diambil sebagai langkah terakhir dengan tujuan mencegah kemungkaran daripada terus berleluasa.
"Akta 505, 559, 560 dan 303 digubal adalah untuk memelihara dan menjaga maslahah, keharmonian, serta kedamaian kehidupan rakyat khususnya umat Islam di Wilayah Persekutuan," ujarnya.
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan artikel yang diterbitkan sebuah akhbar Inggeris yang menggambarkan bahawa beliau seolah-olah membenarkan perbuatan maksiat dan khalwat.
Mujahid menegaskan, kenyataannya telah disalah tafsir malah beliau menjelaskan bahawa konsep nahi mungkar tidak hanya dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau menekankan kepada pendekatan dakwah dan pendidikan keluarga sebagai salah satu bentuk tindak balas hidup masyarakat.
Rahimah Abdullah
Sun Oct 07 2018

Mohd Ajib Ismail menjelaskan, penambahbaikan SOP penguatkuasaan JAWI itu akan dilakukan jika terdapat apa-apa kelompangan.

Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.

Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini
PDRM melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Keputusan VAR batalkan gol Cavani memang tidak adil, kata McTominay
Cavani sepatutnya meletakkan skuad The Red Devils itu di depan pada minit ke-33 tetapi jaringannya dibatalkan selepas lengan McTominay didapati terkena muka Son Heung-min.

Kabotaj | Bukan faktor tidak terlibat Projek Kabel Dasar Laut
Penarikan pengecualian kabotaj bukan sebab utama Facebook dan Google tidak libatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut. Kata Pengerusi MASA, Datuk Abdul Hak Md Amin banyak faktor dipertimbangkan syarikat gergasi teknologi itu sebelum membuat pelaburan di sesebuah negara. Antaranya, faktor geopolitik dan lokasi.

Kabel dasar laut: Malaysia banyak kepakaran yang tidak diberi peluang
Malaysia ada sumber tenaga yang mempunyai kepakaran membaiki dan memasang kabel dasar laut. Malah jelas Pengerusi MASA, keputusan untuk tidak menggunakan khidmat syarikat asing akan membuka lebih banyak peluang kepada kepakaran tempatan.

Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS
Kyauk Khae, 42 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jari kanak-kanak putus selepas digigit monyet di zoo
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.

Kemalangan | Dua maut, treler terbalik di Bentong
Pemandu dan kelindan maut selepas treler yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan setelah hilang kawalan sebelum terbalik di kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Ahad malam. Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AWANI Ringkas: Alvin Goh, adik ke mahkamah | Prestasi Ringgit minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO rugikan Melayu jika tidak bersama Pas, Bersatu - Penganalisis
Tindakan UMNO tidak bersama Pas dan Bersatu hanya akan merugikan Melayu, kata Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Terdengar azan di tengah padang pasir
Ryusei Nemoto berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.

Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.

Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

JHEAIK kenal pasti 71 'port' kaki ponteng puasa di Kedah
Sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan lakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga terlibat.

PRU15: Penyatuan ummah bukan sahaja mampu menang, malah dua pertiga majoriti - Ahmad Amzad
Ahmad Amzad berkata, Pas sentiasa berpegang pada janji dan komited kepada segala yang pernah diputuskan dalam MN.

Liga Dunia Islam perkukuh kerjasama dengan Malaysia tangani ancaman terorisme
Al-Issa berkata kerjasama itu akan tertumpu kepada perkongsian kepakaran deradikalisasi dan memerangi ancaman pemikiran terorisme.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Selangor benarkan solat tarawih di masjid dan surau
Selangor membenarkan umat Islam mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Mat Sentul semakin uzur, sering merindui rakan-rakan artis
Berusia 88 tahun, Mat Sentul dilaporkan uzur dan kini terlantar sakit di rumahnya di Larkin, Johor.