awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM jangka Monsun Barat Daya tidak beri risiko tinggi kepada kebakaran hutan

Bernama
Bernama
31/07/2025
15:15 MYT
JBPM jangka Monsun Barat Daya tidak beri risiko tinggi kepada kebakaran hutan
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata berdasarkan statistik, penerimaan panggilan akibat kebakaran diterima jabatan itu pada tahun ini menunjukkan pengurangan sebanyak 50 peratus berbanding tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan musim Monsun Barat Daya yang sedang melanda negara tidak memberikan risiko tinggi terhadap kebakaran hutan dan belukar, setakat ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata berdasarkan statistik, penerimaan panggilan akibat kebakaran diterima jabatan itu pada tahun ini menunjukkan pengurangan sebanyak 50 peratus berbanding tahun lepas.
"Ia drastik (kejadian kebakaran hutan) tetapi tempat tertentu sahaja, dua tiga hari lepas di Sarawak iaitu kawasan Miri dan Mukah, itu yang kita berikan tumpuan kerana melibatkan kawasan kebakaran yang besar.
"Jadi kita nasihatkan orang ramai jangan buat pembakaran terbuka... kita kena kena simpati dan sewajarnya kita tak tambah (kes kebakaran) yang sedia ada," katanya selepas Program Kempen Keselamatan Aktiviti Air Sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia, yang dirasmikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nor Hisham berkata perbuatan manusia merupakan punca utama kebakaran hutan atau belukar berbanding faktor semula jadi yang dilihat sangat minimum berdasarkan keadaan cuaca dan kadar kelembapan.
"Ia sama ada sengaja atau tidak sengaja (faktor manusia), contohnya nak bakar kebun kemudian merebak dan sebagainya," katanya.
Nor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata 7,223 kes kebakaran direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 20 Julai lepas, membabitkan kebakaran kebun atau ladang, hutan, belukar dan sampah.
Kebakaran belukar atau lalang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 4,733 kes diikuti kebakaran sampah (1,662), hutan (537) dan kebun atau ladang (291).
Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,364 kes diikuti Perak (938), Johor (831), Kedah (662), Kuala Lumpur (113) dan Labuan (44) manakala Putrajaya mencatatkan jumlah terendah dengan lapan kes
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPBM
#Monsun Barat Daya
#risiko kebakaran hutan
#Nor Hisham Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan