MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini telah memiliki kekuatan hampir 30,000 pegawai dan anggota di seluruh negara yang sentiasa bersiap sedia menghadapi pelbagai cabaran tugas dan operasi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jumlah tersebut terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap di 327 balai bomba dan lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela di seluruh negara.
"Jumlah kekuatan anggota tersebut sememangnya amat diperlukan JBPM bersekali dengan aset kebombaan moden, bagi mendepani pelbagai cabaran operasi terutama dalam mengendalikan lebih 150,000 panggilan kecemasan setiap tahun.
"Kementerian telah meletakkan soal kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan sebagai satu daripada enam fokus utama kementerian bagi tahun 2022 ini yang mendukung matlamat dan Aspirasi Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan juga inisiatif ke arah mencapai agenda kementerian bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya huni ataupun 'liveable' Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, di Wakaf Tapai dekat sini hari ini.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid itu, seramai 737 pegawai bomba KB19 yang terdiri daripada 686 pelatih lelaki dan 51 pelatih wanita telah ditauliahkan setelah mereka selesai menjalani kursus pentauliahan selama enam bulan bermula 7 Feb lepas.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, pengambilan 737 anggota baharu yang ditauliahkan pada hari ini adalah bagi mengisi kekosongan keanggotaan di seluruh negara dan ia diharap dapat memberikan impak terhadap kekuatan sedia ada.
"Saya juga difahamkan bahawa pada hari ini seramai 40 anggota bomba daripada agensi swasta Johor Port, Penang Port, Bintulu Port, Northport dan Wehaya Sdn Bhd turut sama ditauliahkan. Sesungguhnya, peranan bomba swasta juga amat penting bagi memberikan respons kebombaan dan penyelamatan di lokaliti masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk pembangunan Fasa 3 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur yang meliputi pembangunan fasiliti latihan seperti pembinaan Simulator Swift Water Training dan Kompleks Latihan Penyelamatan di Air.
"Saya yakin, dengan adanya fasiliti latihan moden yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini bukan sahaja menjadi mercu tanda kecemerlangan latihan kebombaan dan penyelamatan malah akan meningkatkan lagi tahap kemahiran anggota jabatan dalam pengurusan insiden kecemasan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini telah memiliki kekuatan hampir 30,000 pegawai dan anggota di seluruh negara yang sentiasa bersiap sedia menghadapi pelbagai cabaran tugas dan operasi. - Gambar fail BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.