awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM perluas penggunaan AI bagi memproses perakuan pelan bangunan

Bernama
Bernama
21/05/2025
08:17 MYT
JBPM perluas penggunaan AI bagi memproses perakuan pelan bangunan
Othman (kanan) berkata pihaknya telah melaksanakan projek rintis penggunaan AI di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Kedah dan juga BBP Kulai, Johor. - Bernama
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperluas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memproses permohonan perakuan pelan bangunan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Othman Abdullah.
Beliau berkata pihaknya telah melaksanakan projek rintis penggunaan AI di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Kedah dan juga BBP Kulai, Johor.
"Kita kini ke arah itu (penggunaan AI), projek rintis berkenaan untuk (perakuan) bangunan tiga atau empat tingkat dengan pada masa depan kita tumpu projek pembangunan lebih besar kerana kelebihan menggunakan AI, ia lebih cepat dan berintegriti.
"Menerusi sistem AI ini, semua data dimasukkan secara digital dalam pemprofilan tertentu, maknanya apabila mereka mengemukakan pelan dalam sistem, ia akan diperinci secara automatik dan mengenal pasti perkara yang mematuhi atau tidak yang sebelum ini kita kena tengok satu per satu secara manual," katanya.
Othman berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Tahun 2025 JBPM Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan projek rintis itu juga membolehkan proses memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diselesaikan dalam masa sehari, berbanding tempoh 14 hari melalui kaedah manual.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#kecerdasan buatan
#AI
#pelan bangunan
#proses permohonan perakuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan