awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM Sarawak cadang bina tiga balai bomba di Lebuhraya Pan Borneo

Bernama
Bernama
17/03/2025
14:15 MYT
JBPM Sarawak cadang bina tiga balai bomba di Lebuhraya Pan Borneo
Jamri bersama warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah pada majlis Iftar Ramadan BBP Sungai Merah 2025 hari ini. - Gambar Bernama
SIBU: Tiga balai bomba baharu dicadangkan dibina di jajaran Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan tindak balas lebih pantas di kawasan lebuh raya itu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran.
Beliau berkata kertas kerja mengenai cadangan pembinaan balai bomba kategori D itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.
"Kewujudan balai bomba di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo membolehkan bomba memberikan respons pantas terhadap sebarang insiden kemalangan jalan raya dengan usaha menyelamat mangsa dapat dilakukan lebih cepat dan efisien.
"Kami telah menyediakan kertas kerja dan buat masa ini, kami mencadangkan pembinaan tiga balai bomba kategori D sebagai permulaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah di sini, semalam.
Sejak tiga bulan menerajui JBPM Sarawak, Jamri berkata terdapat peningkatan jumlah kemalangan ditangani bomba di Lebuhraya Pan Borneo.
Menurut Jamri, proses perolehan untuk kategori D lebih mudah dan cepat malah mungkin boleh dimulakan dengan menyewa bangunan kedia sebelum diubah suai menjadi balai bomba.
"Saya harap kerajaan Sarawak dapat memberikan bantuan segera terhadap usaha ini. Kita juga sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk menempatkan tiga balai bomba baharu tersebut," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Jamri memaklumkan dua balai bomba kategori C akan dibina di Engkili (bahagian Sri Aman) dan Dalat (bahagian Mukah) melibatkan kos melebihi RM5 juta sebuah, dengan jangkaan bermula awal tahun depan selepas proses tender selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Lebuhraya Pan Borneo
#kemalangan jalan raya
#tindakan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan