KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) menyifatkan pasukan bimbingannya bukan 'Superman' setelah sekali lagi menamatkan perlawanan Liga Super tanpa kemenangan malam tadi.
Beliau mengakui seperti juga pasukan lain, ada kala anak buahnya juga mengalami kemarau kemenangan dan pasukannya tidak terkecuali daripada mengalami situasi sama.
Pada perlawanan malam tadi, skuad Harimau Selatan sekadar terikat 1-1 dengan tuan rumah Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
"Masih ada perlawanan untuk diharungi selepas ini, kami mungkin dapat mengekalkan kedudukan di tangga pertama dengan terus bekerja keras, bahkan lebih keras lagi," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Minggu lepas, Terenganu FC menjadi pasukan pertama menjinakkan JDT di laman sendiri apabila menang 1-0 menerusi jaringan Mohamad Hakimi Abdullah pada babak kedua perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah juara bertahan Liga Super itu sejak Julai 2019.
Mora mengakui kagum dengan prestasi serta corak permainan dipamerkan skuad The City Boys yang meletakkan JDT ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Romel Morales sebelum kapten pasukan JDT Harris Harun menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Sementara itu, jurulatih KL City FC Bojan Hodak menyifatkan keputusan seri adalah pencapaian yang baik ketika berdepan pasukan terbaik liga, namun kecewa kerana anak buahnya yang gagal mencetak jaringan menerusi beberapa peluang sekali gus membolehkan mereka meraih kemenangan.
TFC yang kini menghuni tangga ketiga Liga Super setelah mengumpul 21 mata dengan kelebihan satu perlawanan mungkin mampu mendaki ke persada liga bersama JDT (24 mata) jika meraih kemenangan menentang Penang FC malam ini.
Kedah Darul Aman (KDA) FC pula mengumpul 23 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang JDT selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Melaka United malam tadi, untuk menduduki tangga kedua Liga Super.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Mora mengakui kagum dengan prestasi serta corak permainan dipamerkan skuad The City Boys yang meletakkan JDT ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Romel Morales. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/06/2024] - Program Hijau Malaysia | Keselamatan & pemuliharaan | Bawa ke media sosial
Awani Borneo Sabtu, 15 Jun 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
> Pencapaian Sarawak tanam 35 juta pokok wajar jadi contoh
> Kuasa pembongkaran rumah haram berlandaskan undang-undang
> 17 jam tunggu Hajiji, memorandum #KamiMahuAirSabah dibawa ke media sosial
> Pencapaian Sarawak tanam 35 juta pokok wajar jadi contoh
> Kuasa pembongkaran rumah haram berlandaskan undang-undang
> 17 jam tunggu Hajiji, memorandum #KamiMahuAirSabah dibawa ke media sosial
Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan
Polis mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.
Khutbah Arafah musim 1445H/2024M
O Allah, accept the Hajj of the Hajj pilgrims, make their affairs easy, and return them to their countries safe and sound.
Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.
Bayi alami pendarahan otak, pengasuh direman tujuh hari
Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak serta patah tangan kiri di Kemaman.
Malaysia masih kurang profesional bertauliah kendali autisme
Nancy berkata pihaknya akan menjalin kerjasama dengan beberapa universiti sebagai usaha meningkatkan bilangan profesional yang bertauliah dalam bidang berkaitan.
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
Pencapaian Sarawak tanam 35 juta pokok wajar jadi inspirasi
Pencapaian Sarawak dalam menanam 35 juta pokok boleh menjadi inspirasi bagi negeri-negeri lain untuk meningkatkan usaha pemuliharaan biodiversiti negara melalui Program Penghijauan Malaysia.
Semangat untuk hidup, pendaki gunung Alaska nekad merangkak minta pertolongan
Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat, Zainudin Lot, nekad merangkak meminta pertolongan dalam keadaan cuaca mencapai suhu -25 darjah Celcius.
Tiada penyelewengan, RM5 juta diguna atasi masalah air UMS
Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Mustapha Sakmud menafikan tuduhan dana RM5 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) disalah guna pihak berkepentingan.
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.