KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19.
Menurut Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
"Jeffrey menjalani ujian saringan COVID-19 pada Ahad dan keputusannya mendapati beliau dijangkiti virus tersebut. Bagaimanapun, beliau kini dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah akan terus menjalankan tugas seperti biasa secara dalam talian.
Katanya, Jeffrey berharap agar semua pihak dapat kekal tenang dan berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat.
BACA: Hajiji disahkan positif COVID-19
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Jan 04 2021

Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19.

Kerajaan peruntuk RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah - Tuan Ibrahim
Terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

Piala Prihatin | Pertembungan KL United-Selangor
Siapakah raja Lembah Klang?". Itu soalan yang ditanya-tanya peminat pasukan Kuala Lumpur United FC dan Selangor FC yang bakal bertembung Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Liga Hoki Malaysia | THT lega tiada kes baharu COVID-19
Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) boleh menarik nafas lega setelah kelompok kedua terdiri daripada pemain dan pegawai disahkan negatif COVID19 sekaligus terus perancangan mereka untuk hadapi Liga Hoki Malaysia 2020. Bagaimanapun status penyertaan tiga pemain yang positif tersebut menjadi tanda tanya tatkala tarikh tutup pendaftaran liga akan berakhir 1 Mac ini.

Kelayakan Olimpik | Shevon atur strategi jadi wakil kedua di Tokyo
Cabaran semakin sukar selepas bergelar pemain profesional negara, Shevon Lai-Goh Soon Huat atur strategi menjadi wakil kedua acara itu di sukan Olimpik Tokyo. Terbuka Swiss dan Masters Orleans, di Perancis, dua kejohanan yang dianggap sebagai peluang terhidang dalam memburu mata apabila tiada kelibat beberapa pemain gergasi.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892747/18324770301614385628411_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi​ 27 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac. 2. Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok. #AWANInews​ #HapusCOVID19

300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dijadualkan tiba di KLIA melalui pesawat MH319.

Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | WTO gesa hapuskan perlindungan harta intelek
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menghapuskan perlindungan harta intelek vaksin COVID-19. Ini bagi membolehkan negara anggota untuk menghasilkan lebih banyak vaksin dan perkongsian dalam usaha memerangi pandemik itu.

Vaksin COVID-19 | 300,000 dos vaksin Sinovac tiba hari ini
Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran china dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9 pagi ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke klia menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MASKargo Sdn Bhd (MASKargo).

Kecurian Vaksin | Pesuruhjaya Kesihatan siasat kes di Tennessee
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. Ini berikutan dakwaan terdapat sukarelawan menyuntik vaksin kepada dua kanak-kanak walaupun mereka masih bawah umur.

Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19
Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19.