NATIONAL
Jejak Al-Haramain: Jemaah haji Malaysia tiba di Mekah

Seramai 838 jemaah haji Malaysia melibatkan tiga kumpulan iaitu KT001, KT002 dan KT003 mula tiba di Mekah pada Ahad, secara berperingkat selepas melalui perjalanan kira-kira tujuh jam dari Madinah. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Seramai 838 jemaah haji Malaysia melibatkan tiga kumpulan iaitu KT001, KT002, dan KT003 mula tiba di Mekah pada Ahad, secara berperingkat selepas melalui perjalanan kira-kira tujuh jam dari Madinah.
Ringkasan AI
- Seramai 838 jemaah haji Malaysia dari tiga kumpulan (KT001, KT002, KT003) tiba secara berperingkat di Mekah dari Madinah.
- Jemaah ditempatkan di tiga zon penginapan: Zon A, B, dan C, dengan bangunan dan maktab khusus.
- Setiap maktab dilengkapi kemudahan penting seperti klinik, kaunter ibadat, dan kedai bagi keperluan harian jemaah.
Terdahulu, semua jemaah haji telah diberikan taklimat keberangkatan membabitkan persediaan pelaksanaan umrah, memakai ihram serta berniat umrah di Miqat Bir Ali sebelum ke Mekah.
Di Mekah, terdapat tujuh maktab dan setiap maktab dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A, B, dan C.

Ketibaan jemaah haji Malaysia di Mekah. - Astro AWANI
Penempatan Zon A menempatkan bangunan Abraj Al Janadriyah dan Qasr Al Janadriyah; Zon B iaitu Hafae'r menempatkan bangunan Rehab Janadriyah, Abraj Al Tayseer, dan Diary Al-Saad.
Selain itu, Zon C pula menempatkan bangunan Land Premium dan Al Fajr Al Badee 5.
Setiap maktab juga dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk klinik kesihatan, kaunter khidmat pelanggan, kaunter bimbingan ibadat, kaunter pengeluaran wang, kemudahan dobi, serta kedai runcit bagi memenuhi keperluan harian jemaah haji.
Sebelum ini, Pengarah Operasi Maktab Mekah, Mohd. Fahmi Kamarudin berkata, persiapan di setiap bangunan penginapan jemaah haji hampir 90 peratus sempurna bagi menerima kehadiran kumpulan pertama dhuyufurrahman ke Mekah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami