awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco

Bernama
Bernama
09/02/2026
09:00 MYT
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Aznan berkata semua sekolah diingatkan supaya mematuhi arahan dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM). - Gambar fail/Bernama
PONTIAN: Seorang murid di daerah Pontian disahkan dijangkiti Tuberkulosis (tibi), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti semua kontak rapat dan memaklumkan mereka untuk hadir ke Klinik Kesihatan Pontian bagi menjalani saringan kesihatan.
"Sebagai langkah pencegahan, PKD Pontian akan melaksanakan sanitasi dan pembersihan menyeluruh di kawasan yang dikenal pasti berisiko bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan komuniti setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua sekolah diingatkan supaya mematuhi arahan dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
Minggu lepas, enam murid di daerah Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan KKM, namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.
Kes itu membabitkan empat murid lelaki dan dua murid perempuan, dengan kesemuanya telah diarahkan menjalani kuarantin mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan.
KKM sebelum ini memaklumkan kluster tibi dikesan di daerah Kota Tinggi pada 25 Jan lepas, dengan 33 kes positif dikenal pasti hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Feb.
--BERNAMA



Topic Berkaitan
#murid dijangkiti tibi
#kes positif
#Pontian
#EXCO Johor
#aznan tamin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan