NATIONAL
Jejaki Jho Low bukan kerana mahu lari dari SPRM - Hishammuddin

Sebelum ini Hishammuddin menawarkan diri untuk mencari Jho Low yang menjadi suspek utama 1 Malaysia Development Berhad 1MDB dipercayai berada di China.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan keputusannya untuk membantu membawa balik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low kerana ingin lari daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata Hishammuddin sehingga kini beliau tidak pernah dipanggil suruhanjaya itu.
“Apa SPRM nak terhadap saya. Saya tak rasuah. Kalau ada dakwaan nak siasat sampai hari ni SPRM tak panggil saya pun,” katanya di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau bagaimanapun menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dalam usaha menjejaki Jho Low.
“Belum lagi. Saya tidak ada masa sekarang.
“Tapi rakan -rakan saya di sana telah dimaklumkan bahawa saya akan ke China,” katanya kepada media di Lobi Parlimen hari ini.
Katanya lagi, insiatif itu dibuat atas kapasiti peribadi dan demi mencari keadilan dalam menghuraikan skandal 1MDB.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami