awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah AKM Selangor catat potensi jualan tertinggi RM22.05 juta - KUSKOP

Bernama
Bernama
21/08/2022
21:45 MYT
Jelajah AKM Selangor catat potensi jualan tertinggi RM22.05 juta - KUSKOP
Orang ramai mengunjungi ruang pameran perkhidmatan kerajaan ketika Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor mencatatkan jumlah potensi jualan tertinggi berjumlah RM22.05 juta sejak program itu diadakan di tujuh negeri sebelum ini.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan sebanyak 183 sesi padanan perniagaan telah diadakan selain 156 syarikat kecil dan sederhana dan 21 syarikat anchor terlibat sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung sejak Jumaat.
Jelajah AKM Selangor edisi kelapan itu dianjurkan oleh KUSKOP bertemakan 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' di tapak karnival pekarangan Stadium Shah Alam yang menghidangkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan, berjaya menarik lebih 75,000 pengunjung.
Pelbagai kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan dibuka pada jelajah tersebut selain program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula dari 9 pagi hingga 9 malam.
Jelajah AKM yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Dis 2021.
Selangor adalah lokasi kelapan bagi siri AKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
#Kuskop
#potensi jualan tertinggi
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan